Sunday, August 17, 2014

Salam kembali...mendiamkan diri mencari sesuatu yang entah pasti dapat jawapan. Akhirnya dapat idea untuk meneruskan blog ini. Dengan adanya teknologi semasa dan juga batasan kelapangan masa dapat ambo teruskan lagi penulisan...alhamdulillah insya Allah akan ambo gunakan sebaiknya...bersambung...

Sunday, September 22, 2013

Assalamualaikum dan salam mesra. Sekian lama tidak menulis entah kenapa segalanya terhenti ,namun mungkin pengalaman yang diperoleh baru baru ini membuka hati untuk aktif kembali.
Masa tidak untuk menulis panjang. Sekadar membuka lembaran baru untuk pengenalan. Salam sayang dan rindu untuk semua.   

Friday, November 4, 2011

hayati lirik ini...


Lirik Lagu Malique Aku Maafkan Kamu Feat. Jamal Abdillah
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan




teman sibuk mengemas nak balik kampung...

sempat ini je huhuhu.
 teman tak sempat nak copy dah jadi teman letak gambar je trus huhuhu.











nilah keja teman ni huhuhu...dok bergurindam aje lah ye.

Wednesday, November 2, 2011

Gurindam jiwa ku....sambungan

GURINDAM EXAM SI PELAJAR KPLI

tengok-tengok tarikh lambat la lagi,
buka mata, buka fb belum nya study,
pusing kanan pusing kiri,
tengok kawan dah balik tuk raya haji...

buka buku mata lali,
aku study, hang study dia dok membuta tuli,
dalam hati ketap gigi dok kata mana aci,
dok study sampai pagi sama ja gaji...

dia pandai, aku pandai orang tu pandai la lagi,
baca buku dari timbul sampai tenggelam matahari,
bila nak review apa yang aku dah baca tadi?
adoi hai kena la ulangkaji sampai masuk ke mata hati...

sakit gigi, bengkak gusi tambah selsema lagi la mati,
kelas dah habis baru garu kepala tah apa yang dah di timbai,
nak tanya pensyarah di suruh google la sendiri,
banyak soalan tahun lepas boleh di cari...ambik kau study la sendiri...

nak tulis banyak fb ni kedekut nak bagi tuk di isi,
jadi takat di sini lah gurindam dari hati,
pada kawan-kawan selamat study,
mohon maaf selamat hari raya haji.



sambungan gurindam lagi...

dah kat atas tulis pasal periksa,
sambungan kat bawah ni tah apa la pula,
member tanya buku hang dah baca ka,
nak jawab apa buku pun tah kat mana...

lepas periksa tunggu la kissm dan temuduga,
lepas tu nganga duit elaun dah tak ada,
yang dah ada kerja senyum la depa,
habis kami ni tah la nak cari mana...

debaran hati ni dok tunggu posting mana,
kot dapat dekat alamat jimat la sewa,
rumah dah ada, keta dah ada leh la melawa,
kot dapat sabah serawak hahaha sik tahu la hampa...



dah posting nanti tak apa la kat mana-mana,
dah itu jawapan hampa masa temuduga,
dengan bangga cakap berkhidmat tuk negara dan anak bangsa,
dalam hati biarlah dekat ngan marka...

dah jadi cikgu nanti elok-elok la mengajar na,
dah ada anak murid jaga la macam anakanda,
dah di ajar kan macam mana kelas di jaga,
jangan lah ada keluar paper, masuk warta berita...

bahasa inggeris,sains dan seni ada di dada,
sampai sekolah nanti jangan terkejut pula,
aik matematik,muzik pun kena ajar ka,
cikgu besar senyum kena la kita...

KJ cerita dia demam minggu pertama,
mana tak nya semua benda di beri,di bagi semua kat dia,
orang lama kata tak pa la hampa muda-muda,
nanti sama-sama la kita kongsi cerita pula...

tak kira pendapat,pangkat, darjat dan minda,
ajar murid biarlah sama dan setara,
bab belakang belakang la cerita,
biar kita dihormati dan bangga di mata mereka...

yang minat sukan, bakat ada jangan la di persia,
bantulah dan berilah semampu kita,
bukan tambah gaji, pangkat tapi janjinya syuga,
tu lah hadiah paling di cari guru serata dunia....

dok tak lama nanti ada lah yang di anugerahnya,
tak guru cemerlang, sijil penghargaan pun jadi la,
buat tambah koleksi tuk terus berusaha,
bukan tuk sapa tuk kepuasan kita juga....

ingat nak tulis pendek tapi idea mencurah tiba,
tapi tangan lengguh nak kena Zohor la pula,
buat apa-apa pun semua dari Nya,
pentingkan lah yang mana jadi keutamaan kita....

berhenti di sini....

Pendidikan: lawatann ke Perbadanan Kraft Perak.

salam kembali teman mewarnakan nukilan tu hari ini, dah lama teman berkunjung kat tempat ni, terakhir dan pertamanya teman datang sini masa teman umur 12 tahun, lawatan sekolah sempena kursus kepimpinan. Kali ini teman kembali tapi bukan lagi sebagai murid tuk lawatan sekolah huhuhu tapi sebagai bakal guru, ada juga terkenang peristiwa lama masa lawatan kat tempat ni.

dah berusia sekarang dan menjadi guru pelatih ni macam-macam lah pengalaman yang teman timba, timba punya timba seluas lautan pun baru setimba je ilmu di dada teman ni dalam bidang perguruan. masih banyak lagi yang teman perlukan dan mengasah bakat yang ada dan juga impian tuk menjadi seorang guru. Harapnya berkat doa dan rezki yang Maha Esa dapat lah teman laksanakan. Hai dah melalut jauh dah teman ni dari tajuk hari ni. apa yang teman kongsikan dalah pengalaman tuk pelajari satu cabang seni dan mengenal kraf nusantara ni. cara membuat labu sayong. Disebabkan tempoh masa lawatan yang singkat hanya sedikit sahaj peluang tuk merasai pengalaman tuk membuat labu sayong ni.

yang melucukan tempat kraf tu terletak di laluan teman balik dan datang dari kampung tapi macam mana teman tak nampak dan perasan lansung tempat tu. Mungkin teman terlalu asyik memandu atau sedang fokus menekan minyak bila di cucuk kenderaan di belakang.

Nak di jadikan cerita, kumpulan teman ni datang dengan pakaian formal bagi menghormati program lawatan tersebut, jadi dengan baju kemeja dan tali leher tu lah kami yang lelaki dan berbaju kurung lah bagi yang perempuannya. Bak kata tuan tanah kat situ kalau program lebih lama dan memakan masa dua hari dapatlah kami melaksanakan proses mem buat labu dari mula sehingga selesai dan jika bernasib baik dapat bawa pulang hasil kerja tangan sendiri.

Antara ayat yang melucukan yang dapat di rakamkan adalah membuat labu sayong ni memerlukan hasil titik peluh sendiri, memang tepat dan betul lah ayat yang di ucapkan oleh kakitangan di situ, teman dan rakan-rakan berpeluh-peluh tuk menyiapkan hanya satu sahaj hasil kerja.

di sini teman siarkan gambar-gambar kenangan semasa program tersebut. andai ada sahabat teman yang ingin berkongsi pengalaman dan juga kenangan silakan teman amat berbesar hati. Wasalam

Tuesday, November 1, 2011

Hiburan: muzik-muzik 26 separuh akhir


tengok tajuk aja semua tentu semua ada buah fikiran masing-masing, teman pasti sama ada ada yang suka atau tidak menyukainya pasti ada cerita. bagi teman sendiri teman ada cerita peribadi tentang muzik-muzik ini. pertamanya teman memang meminati rancangan secara lansung. Jadi apa sahaja rancangan realiti ni mesti teman semangat tuk tunggu dan tengok.

Menilai sejauhmana kemampuan individu membawa impian dan juga cabaran mereka. dalam hidup ini terlalu banyak yang dapat kita fikirkan. Tak mengapa lah apa pun teman nak kongsikan cerita teman, dari kecil lagi teman dah tengok rancangan ni, tak selalu terlepas kecuali bila dah teman bekerja. namun adanya internet ni dapat juga teman ulang tayang andai ada yang tak dapat teman tengok. Berbalik pada apa yang teman nak kongsikan adalah pengalaman dan penilaian teman tntang rancangan ini. Ada ketika teman pernah menukar jadual kerja dari malam ke pagi semata ingin menonton rancangan ini huhuhu, nasib ada sahabat yang tak minat dapat juga teman nonton. Semasa di UiTM Shah Alam dapat teman menonton secara lansung di seri pentas dua, itu pun teman dapat sahabat yang sama kaki dengan teman, yang menjadi sejarah masa itu Faizal Tahir pertama kali keluar di kaca tv selepas di gam.

Itu lah sedikit sahaja sejarah teman tentang rancangan ini, berpeluang bercuti bersama keluarga minggu lalu teman tertonton secara tidak sengaja siaran muzik-muzik sabtu lepas yang menyenaraikan senarai penuh lagu-lagu yang bakal berentap. jadi di sini teman sertakan senarai penuhnya, terima kasih kepada pihak yang menyenaraikannya, teman hargai.


Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)
1.      Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2.      Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3.      Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4.      Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5.      Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6.      Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7.      Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8.      Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9.      Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10.    Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11.    Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13.    Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14.    Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15.    Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16.    Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18.    Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22.    Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23.    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24.    Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25.    Aku Permata oelh Salma (Taja/Tun Teja)
26.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27.    Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28.    Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30.    Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)
Dari senarai di atas apa pendapat kalian?seperti tahun lepas tidak dijangka dan sedikit mengecewakan tentang kemenangan sang juara, tapi yang pasti segalanya mungkin dan sudah terjadi. Namun bagi teman biarlah tahun ini kemenangan berpihak kepada yang benar-benar berbakat dan layak. Dari senarai di atas teman dapat merumuskan beberapa perkara menarik:
1. kebanyakkan penyanyi solo membawakan lagu ciptaan sendiri.
2. pencalonan terbanyak bagi pencipta lagu dan lirik adalah edry dan juga audi mok
3. penentu siapa benar-benar berbakat dan juga berkemampuan (di antara peserta mentor )
4. menjadi persoalan mengapa Hazama tidak menyanyikan lagu Pokok dan mengapa Anuar Zain tidak menyanyikan lagu nya sendiri?
5. kebanyakan pencalonan hampir sama seperti tahun-tahun sudah yang masih berjaya mengekalkan pencalonan kecuali Black (harap akan ada lagi lagu yang terbaik untuk Black bawakan)
6. tiada lagi lagu-lagu berentak tarian kecuali Adira kerana Queen of Dance Stacy membawakan lagu berentak Balada
7. Adakah rezki berumah tangga akan membantu Tomok, Noh Hujan dan Isterinya untuk ke final?
teman rasa masih terlalu awal dan terlau panjang nukilan dan tulisan teman ini,apa-apa pun kita sama-sam menunggu siapa akan ke final walau dalam fikiran teman sudah ada bakal juaranya. cuma ramalan awal teman antara yang mungkin dapat ke final akan teman post kan di nukilan seterusnya.wasalam.