Wednesday, November 2, 2011

Pendidikan: lawatann ke Perbadanan Kraft Perak.

salam kembali teman mewarnakan nukilan tu hari ini, dah lama teman berkunjung kat tempat ni, terakhir dan pertamanya teman datang sini masa teman umur 12 tahun, lawatan sekolah sempena kursus kepimpinan. Kali ini teman kembali tapi bukan lagi sebagai murid tuk lawatan sekolah huhuhu tapi sebagai bakal guru, ada juga terkenang peristiwa lama masa lawatan kat tempat ni.

dah berusia sekarang dan menjadi guru pelatih ni macam-macam lah pengalaman yang teman timba, timba punya timba seluas lautan pun baru setimba je ilmu di dada teman ni dalam bidang perguruan. masih banyak lagi yang teman perlukan dan mengasah bakat yang ada dan juga impian tuk menjadi seorang guru. Harapnya berkat doa dan rezki yang Maha Esa dapat lah teman laksanakan. Hai dah melalut jauh dah teman ni dari tajuk hari ni. apa yang teman kongsikan dalah pengalaman tuk pelajari satu cabang seni dan mengenal kraf nusantara ni. cara membuat labu sayong. Disebabkan tempoh masa lawatan yang singkat hanya sedikit sahaj peluang tuk merasai pengalaman tuk membuat labu sayong ni.

yang melucukan tempat kraf tu terletak di laluan teman balik dan datang dari kampung tapi macam mana teman tak nampak dan perasan lansung tempat tu. Mungkin teman terlalu asyik memandu atau sedang fokus menekan minyak bila di cucuk kenderaan di belakang.

Nak di jadikan cerita, kumpulan teman ni datang dengan pakaian formal bagi menghormati program lawatan tersebut, jadi dengan baju kemeja dan tali leher tu lah kami yang lelaki dan berbaju kurung lah bagi yang perempuannya. Bak kata tuan tanah kat situ kalau program lebih lama dan memakan masa dua hari dapatlah kami melaksanakan proses mem buat labu dari mula sehingga selesai dan jika bernasib baik dapat bawa pulang hasil kerja tangan sendiri.

Antara ayat yang melucukan yang dapat di rakamkan adalah membuat labu sayong ni memerlukan hasil titik peluh sendiri, memang tepat dan betul lah ayat yang di ucapkan oleh kakitangan di situ, teman dan rakan-rakan berpeluh-peluh tuk menyiapkan hanya satu sahaj hasil kerja.

di sini teman siarkan gambar-gambar kenangan semasa program tersebut. andai ada sahabat teman yang ingin berkongsi pengalaman dan juga kenangan silakan teman amat berbesar hati. Wasalam

No comments:

Post a Comment