Tuesday, November 1, 2011

Hiburan: muzik-muzik 26 separuh akhir


tengok tajuk aja semua tentu semua ada buah fikiran masing-masing, teman pasti sama ada ada yang suka atau tidak menyukainya pasti ada cerita. bagi teman sendiri teman ada cerita peribadi tentang muzik-muzik ini. pertamanya teman memang meminati rancangan secara lansung. Jadi apa sahaja rancangan realiti ni mesti teman semangat tuk tunggu dan tengok.

Menilai sejauhmana kemampuan individu membawa impian dan juga cabaran mereka. dalam hidup ini terlalu banyak yang dapat kita fikirkan. Tak mengapa lah apa pun teman nak kongsikan cerita teman, dari kecil lagi teman dah tengok rancangan ni, tak selalu terlepas kecuali bila dah teman bekerja. namun adanya internet ni dapat juga teman ulang tayang andai ada yang tak dapat teman tengok. Berbalik pada apa yang teman nak kongsikan adalah pengalaman dan penilaian teman tntang rancangan ini. Ada ketika teman pernah menukar jadual kerja dari malam ke pagi semata ingin menonton rancangan ini huhuhu, nasib ada sahabat yang tak minat dapat juga teman nonton. Semasa di UiTM Shah Alam dapat teman menonton secara lansung di seri pentas dua, itu pun teman dapat sahabat yang sama kaki dengan teman, yang menjadi sejarah masa itu Faizal Tahir pertama kali keluar di kaca tv selepas di gam.

Itu lah sedikit sahaja sejarah teman tentang rancangan ini, berpeluang bercuti bersama keluarga minggu lalu teman tertonton secara tidak sengaja siaran muzik-muzik sabtu lepas yang menyenaraikan senarai penuh lagu-lagu yang bakal berentap. jadi di sini teman sertakan senarai penuhnya, terima kasih kepada pihak yang menyenaraikannya, teman hargai.


Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)
1.      Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2.      Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3.      Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4.      Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5.      Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6.      Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7.      Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8.      Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9.      Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10.    Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11.    Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13.    Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14.    Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15.    Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16.    Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18.    Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22.    Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23.    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24.    Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25.    Aku Permata oelh Salma (Taja/Tun Teja)
26.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27.    Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28.    Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30.    Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)
Dari senarai di atas apa pendapat kalian?seperti tahun lepas tidak dijangka dan sedikit mengecewakan tentang kemenangan sang juara, tapi yang pasti segalanya mungkin dan sudah terjadi. Namun bagi teman biarlah tahun ini kemenangan berpihak kepada yang benar-benar berbakat dan layak. Dari senarai di atas teman dapat merumuskan beberapa perkara menarik:
1. kebanyakkan penyanyi solo membawakan lagu ciptaan sendiri.
2. pencalonan terbanyak bagi pencipta lagu dan lirik adalah edry dan juga audi mok
3. penentu siapa benar-benar berbakat dan juga berkemampuan (di antara peserta mentor )
4. menjadi persoalan mengapa Hazama tidak menyanyikan lagu Pokok dan mengapa Anuar Zain tidak menyanyikan lagu nya sendiri?
5. kebanyakan pencalonan hampir sama seperti tahun-tahun sudah yang masih berjaya mengekalkan pencalonan kecuali Black (harap akan ada lagi lagu yang terbaik untuk Black bawakan)
6. tiada lagi lagu-lagu berentak tarian kecuali Adira kerana Queen of Dance Stacy membawakan lagu berentak Balada
7. Adakah rezki berumah tangga akan membantu Tomok, Noh Hujan dan Isterinya untuk ke final?
teman rasa masih terlalu awal dan terlau panjang nukilan dan tulisan teman ini,apa-apa pun kita sama-sam menunggu siapa akan ke final walau dalam fikiran teman sudah ada bakal juaranya. cuma ramalan awal teman antara yang mungkin dapat ke final akan teman post kan di nukilan seterusnya.wasalam.

No comments:

Post a Comment